Make your own free website on Tripod.com

Pewarnaan

Alatan Utama Corak Anyaman Tikar
     
Langkah Anyaman Tikar Contoh Kelarai Anyaman Bakul
     
   

PEWARNAAN

1.      Pewarnaan cara tradisi

Pewarnaan cara tradisi tertumpu kepada penggunaan bahan tempatan (vegetable dye) seperti kunyit, buah kesumba India dan daun mengkudu. Warna-warna yang dihasilkan ialah:

·         Kuning                       - kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan ke dalam air mendidih

·         Kuning Pinang Masak   - buah kesumba India ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam

 air mendidih. Untuk warna yang terang, dicampur dengan  kapur sireh

·         Merah                         - proses sama dengan warna kuning pinang masak

·         Biru kehitaman            - daun mengkudu digunakan

 

2.      Pewarnaan cara moden

Pewarnaan secara moden pula menggunakan penyelup ‘dyestuff’ (Samasa Basic)serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Warna-warna yang dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta teknik pencelupan yang digunakan.

Peringkat awal, air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan pewarna. Ia kemudiannya dibancuh atau dikacau. Bilah-bilah pandan/mengkuang yang telah ditongkolkan, dicelup ke dalam bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada warna yang dikehendaki, biasanya tongkol pandan/mengkuang dicelup se;ama antara 15 hingga 20 minit.