Anyaman Bakul

Alatan Pewarnaan Corak Anyaman Tikar
     
Langkah Anyaman Tikar Contoh Kelarai Utama
     
   

ANYAMAN BAKUL

BAHAN-BAHAN UNTUK ANYAMAN BAKUL

Rotan Putih sesuai untuk kegunaan kraftangan

            Lazimnya berbagai-bagai jenis rotan dijumpai di kilang-kilang memproses bahan-bahan rotan. Sebilangan kecil rotan halus yang sesuai digunakan dalam pelajaran kraftangan . Rotan putih yang digunakan ialah rotan 2.5cm yang dibelah menjadi halus.

 

Pengurusan Rotan

            Terdapat 2 jenis rotan putih iaitu rotan putih lembut dan keras. Untuk melembutkan rotan tersebut, air digunakan  dan bahagikan yang keras dengan yang lembut. Rotan yang keras dijadikan rotan menegak(longitud) dan yang lembut dijadikan rotan mendatar(latitud).

 

ALATAN MENGANYAM ROTAN

1.      Pembaris digunakan untuk mengukur

2.      Gunting  - boleh gunakan sebarng gunting

3.      Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(lubang anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman dan memasangkan pemegang bakul.

 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN BAKUL UNTUK CARA BERPALANG BAGI ROTAN LONGITUD TUNGGAL.

1.      7 batang rotan longitud : 4batang mendatar bersilang dengan 3 batang menegak.

 

2.      Sebatang rotan latitud dianyam

3.      Selepas kelilingkan dengan 2 bulatan, rotan longitud di gunting keluar

 

 

4.      Jadikan 2 batang rotan longitud atau kumpulan kemudiannya menganyamkannya

5.      Selaraskan rotan longitud supaya jarak di antaranya sama

 

6.      Anyaman mudah

 

LANGKAH ANYAMAN BAKUL ROTAN LATITUD PASANGAN CARA BERPALANG

1.      15 rotan longitud : 8batang bersilang dengan 7batang rotan

2.      Memulakan anyaman dengan sebatang rotan latitud

3.      Anyamkan

4.      Anyamkan satu pusingan dan teruskan

5.      Anyamkan 3bulatan untuk mengikat rotan longitud

6.      Mula pisahkan rotan longitud agar setiap kumpulan ada 2 batang

7.      Anyaman mudah. Sekali atas, sekali bawah

8.      Pada masa yang sama, tarik keluar rotan longitud bagi setiap kumpulan

9.      Selepas selaraskan jarak di antaranya, maka mulalah menganyam tapaknya.

 

PROSES DAN TEKNIK ANYAMAN BAKUL

1.      Lagang

Lagang merupakan ‘tulang’ kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat. Tiap-tiap satu bilah pandan/mengkuang dibentuk seperti ‘V’ di bahagian tengah iaitu tempat sesuatu anyaman bermula.

2.      Anyaman

Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulam. Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. Ketika ini anyaman tikar dalam bentuk empat persegi. Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak, anyaman jenis sulaman digunakan.

3.      Lepih

Dikenali sebagai ‘anyaman mati’ pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit pada bahagian yang dikehendaki. Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti tepi betul, tepi susut, tepi sepit ketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan tepi tulang belut

4.      Sisip

Proses ini memerlukan alat ‘penyisip’ bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan(tajamkan) masuk. Tujuannya untuk menghindar anyaman dari terburai

5.      Kerat

Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman Nampak kemas dan menarik.

 

PERANAN PEREKABENTUK DAHULU DAN SEKARANG

            Pada awalnya, orang menyatakan bahawa anyaman ini berasal dari Rusila, dari Marang, dari Sayong dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana tradisi kita ketika itu menggunakan tradisi lisan. Sekitar 70an, kita dapat mengetahui tokoh yang terlibat secara langsung.

            Apa yang menarik dalam perkembangan kraftangan ialah penglibatan tukang atau perekabentuk dalam suasana sekarang. Dari segi pengekalan dan perkembangan kraftangan, terdapat beberapa institusi yang terlibat secara langsung dalam memperkenalkan atau melangsungkan tradisi kraftangan.

            Peranan perekabentuk pada hari ini berbeza dengan perekabentuk tradisi. Perekabentuk tradisi tidak pernah ingin menonjolkan dirinya. Perekabentuk tradisi masih melanjutkan warisan ini.

 

Seni Anyaman : Perubahan Bentuk dan Fungsi

     Apa pun yang dilakukan oleh manusia, ia selalu mendekati unsure dan elemen alam. Alam adalah bahan paling dasar terutama dalam menghadapi  cabaran hidup. ‘Manusia mereka cipta, mengolah, memetik, meminjam… tumbuhan: daun, ranting, akar, bunga; mongering seterusnya mencipta warna’. Manusia sebenarnya telah melakukan kecergasan hidup dinamik, untuk meneruskan kehidupan. Sama ada menganyam daun, membetnuk tanah liat, mengukir kayu, menenun kain, ia cukup mengerti terhadap tujuan dan makna kerja yang dilakukan : membentuk atau mencipta untuk keperluan dan kegunaan sehari-hari. Inilah budaya. Kebudayaan Melayu telah cukup panjang berpunca daripada kewujudan manusia itu sendiri. Melalui seni anyaman kita diajak berbiacara tentang daya kreatif yang mengandungi makna dan fikiran dalam konteks budaya masyarakat kita. Di sini pengertian seni anyaman bukan sekadar membicara bentuk yang dicipta malah turut juga melibatkan adapt resam, pantang larang, nilai budi, malah ilmu.

Anyaman – Seni Sejagat

     Kepakaran menganyam dapat diterima sebagai suatu usaha yang berterusan bagi menyelesaikan dan menyempurnakan kehidupan : keinginan dan keperluan. Sama ada daripada bahan pandanus (pandan/mengkuang), nipa fruticans (nipah), jenis paku pakis, rumput rampai dan sebagainya, pencipta bentuk itu telah pun mengolah dengan baik alam yang bakal digunakan. Dari sudut tingkat perkembangan budaya, seni anyaman termasuk aktiviti awal dalam kelompok masyarakat tradisi kecil (The Little Tradition) namun tetap atau pernah dilanjutkan dalam tradisi istana terutama apabila anyaman ditambah dengan bahan-bahan pelengkap yang lebih mewah seperti tekat benang emas atau manik labuci. Dalam tradisi kecil yang diwakili oleh masyarakat nelayan dan petani, misalnya bakul digunakan untuk mengisi padi, ikan, sayur-sayuran, dan sebagainya terutama dalam system atau kegiatan ekonomi. Alat-alat untuk menangguk ikan, menjaring, memikat burung turut juga melibatkan bahan anyaman. Begitu juga dalam memenuhi kehidupan masa lapang: permainan rakyat memerlukan buluh, rotan untuk bola sepak dan sepak raga, rangka wau, kuda kepang, tali cemeti dan sebagainya.

     Dari segi rekabentuk ciptaan asas, seni anyaman selalu dapat diterima sebagai keseniaan sejagat (universal arts). Orang Mesir Purba menganggap anyaman sebagai bahan pelengkap dalam upacara kelahiran dan kematian. Manik-manik, pakaian, dan sepatu yang berhiaskan anyaman turut dikuburkan apabila pemiliknya meninggal dunia. China, Korea, dan Jepun menjaring tempayan-tempayan sayuran yang dijeruk untuk kegunaan musim dingin, bakul-bakul dianyam untuk digunakan sebagai bekas mongering padi, cili dan sebagainya pada musim panas. Suku Iban, Kadayan/Kadazan, Murut atau Jah-Hut turut menggunakan bahan-bahan anyaman sebagai peralatan penting. Ini termasuklah untuk adapt istiadat, kesenian dan kepercayaan ritual. Dengan lebih tepat, pengertian fungsi lazimnya bersifat umum.

     Sesuatu bentuk dicipta dengan kesedaran untuk memudahkan kerja, misalnya mengikat senjata di pinggang, mengukuhkan tiang rumah, kerana ia ringin dan mudah diangkat ke sana ke mari (seperti bakul, tikar, dan sebagainya), dipakai di kepala sebagai pelindung panas di lading atau di laut sehingga kemudian dengan sedikit kepintaran mengolah bahan dan kesedaran rasa, tukang atau perekabentuk akan mencipta ragaman bentuk yang jelas pula menampakkan keunikan sesuatu wilayah budaya yang menciptanya. Ini bermakna senia anymaan juga melahirkan cirri-ciri peribadi dari wilayah buadaya yang melahirkannya. Disebabkan oleh kelainan gaya, seni anyaman menampakkan ragaman yang menarik dari segi keindahan atau estetika seni.

Ragaman Bentuk Seni Anyaman Nusantara

     Pengertian Nusantara disini lebih merupakan wilayah budaya persekitaran alam Melayu tanpa melibatakan makna batas seperti yang dicipta dalam peta politik. Manusia NUsantara sejak berabad-abad lalu bebas ke sana ke mari, berdagang dan menjalinkan hubungan melalui sistem perkahwinan, atau system ekonomi seperti pertanian, ataupun perikanan. Di Semenanjung Malaysia misalnya, kita mengenal suku Bugis, Jawa Batak, Riau atau Minang. Dalam situasi begini wajarlah kita menyebutnya sebagai kelompok manusia Melayu yang mempunyai kaitan budaya timbale balik, saling memberi, menerima, mengolah kembali hingga menimbulkan seni budaya tempatan yang dapat diklasifikasikan sebagai seni yang terus berkembang. Hal ini juga dapat dikaitkan sebagai warisan keturunan yang kemudiannya dilanjutkan oleh generasi seterusnya melalui proses perkembangan bentuk dan gaya. Anyaman di Songkhla, Patani misalnya menampakkan kesamaan bentuk dengan anyaman di Kelantan atau Terengganu. Malah dari kaca mata kepercayaan, kita melihat betapa bentuk seni anyaman Kelantan hamper menyamai gaya seni anyaman Bali atau Burma.

     Istilah Melayu yang disebutkan di sini juga bersifat sejagat. Suku Jawa atau Bugis tidak mungkin menerima istilah ini terutama bagi kelompok yang menetap di wilayah asalnya (Pulau Jawa/Sulawesi misalnya), namun dengan penyebutan Nusantara pula sering ditanggapi sebagai wilayah yang tersendiri daripada pengertian wilayah Melayu. Oleh itu gabungan Melayu Nusantara adalah mencakup keseluruhan kepulauan Melayu yang mempunyai hubungan dengan peristiwa perpindahan kelompok Melayu sehingga ke wilayah yang lebih jauh sekalipun.

     Pembicaraan kami lebih menjurus kepada beberapa model seni anyaman berdasarkan ragaman bentuk yang dikumpulkan sejak sepuluh tahun kebelakangan ini. Yang agak menarik dari sudut perkembangan seni, bentuk anyaman masih mengekalkan makna fungsinya, disamping perkembangan rekabentuk yang artistik. Begitu juga dari segi teknik, anyaman tidak menampakkan perkembangan yang pesat kecuali dengan penggunaan berbagai-bagai pencelup.

     Bahan asas yang digunakan di sini ialah mengkuang/panduan (anyaman tikar, alas tempat duduk kusyen, tudung saji), daun serdang/livistona saribas (tudung saji Bajau), lidi (leka), akar (kipas), rotan (kipas). Model-model yang diperkatakan diambil dari beberapa wilayah Melayu Nusantara : Malaysia/Sabah/Borneo, Aceh, Bali, Songkhla/Patani, Igorot-Filipina, dan Jawa/Madura.

Tudung Saji.

     Hampir kebanyakan bentuk anyaman mempunyai fungsi yang sama. Tudung saji berperanan sebagai menutup makanan, untuk kegunaan harian atau adapt istiadat, juga kadangkala digunakan sebagai topi di kalangan petani dan nelayan. Tudung saji sebagai penutup makanan lebih sederhana bentuknya dan boleh dikatakan memnpyai bentuk yang seragam: berongga bulat di dasarnya dan menguncup ke puncak, hamper serupa di kebanyakan daerah di Semenanjung. Untuk upacara adapt istiadat terutamanya yang melibatkan kepercayaan atau permohonan ditemui juga bentuk yang seakan-akan ‘gunung-meru’, di Kelantan diberi nama tudung saji ‘enam penjuru’, mempunyai ruang lima tingkat berbucukan ‘puncak gunungan’ di setiap tingkat dan bucu. Terdapat 6 puncak bucu. Keseluruhannya 50 bucu dan ditambah satu lambang puncak tertinggi di bahagian paling atas.

Leka.

     Fungsi asal leka ialah sebagai pengalas periuk belanga dan tembikar. Kemudian berkembang sebagai bakul buah-buahan malah kini dianggap sebagai bahan hiasan dinding. Terdapat 6 model yang menarik untuk diperkatakan. Dari segi teknik, leka menggunakan bahan lidi daripada daun kelapa, nipah enau, nibung – kesemuanya daripada jenis palma yang terkenal di kawasan khatulistiwa. Untu tapak yang lebih besar,simpai pusar dibuat sebanyk 7punca ruang (leka Songkhla) dan Melaka, manakala leka lebih kecil berpunca 6ruang (Aceh), Sungai Besar, Igorot-Filipina, Bajau-Tuaran.